Minggu, 29 Desember 2013
Kenapa Perempuan Perlu Bersolek
Lama dulu, aku baca daripada satu majalah tentang teori "kenapa perempuan perlu bersolek?" entah kenapa, teori tu masih melekat dalam kepala otak aku sampai sekarang.
kecantikan memang sinonim dgn perempuan. takda siapa boleh pertikaikan hakikat tu. bukan sahaja yg memang kaki bersolek, yg jarang2 bersolek pun akan bersolek bila nak keluar ke bandar atau nak pergi kenduri atau sekadar berlibur dengan kawan2.
sekurang2nya pun mesti nak tepek juga sikit bedak, betulkan tudung seperfect yg boleh, dsb... kena la mengadap cermin setengah jam paling kurang.
sedangkan lelaki, ikat tali pinggang sambik berjalan ke kereta tu perkara biasa je. lepas tu bersungut kat dalam kereta sorang2, bini lambat siap.
aku pernah tanya pada beberapa orang kawan perempuan tentang isu ni. antara jawapan yang popular...

1. utk keyakinan diri bila berhadapan dengan orang
dengan kata lain, perempuan hanya akan bersolek bila nak berhadapan dgn orang lain. kalau sorang2 di rumah, tak payah la sibuk2 nak bersolek.
kalau keluar rumah dalam keadaan masih ada yg patut ditouch-up, keyakinan diri perempuan itu akan terjejas.
2. utk tunjuk kat lelaki
lelaki mana yg tak suka tengok perempuan cantik, ye tak? bagi yg belum berpunya, kena la melaram sikit supaya senang sikit nak tukar status kepada dah berpunya.
yg dah ada yg booking pun kena la melawa juga supaya hati balak tak berubah ke arah yang lain.
tapi apa hal pulak dgn yg dah kawin? tak kira la selawa mana pun mereka bersolek, laki dia tetap sorang tu jugak. patutnya lelaki la yg kena bersolek supaya dapat tambah koleksi bini...
3. naluri perempuan memang suka yang cantik
tulisan kena cantik, meja mesti berhias cantik, baju nak cantik, kasut nak cantik, henpon nak cantik... kiranya, semua kat depan mata nak yg cantik2 belaka la... badan dan muka kena la nak cantik juga.
kecantikan adalah hak milik peribadi wanita...
tapi tak terjawab pula persoalan, "kenapa masa kat rumah sorang2, takde pulak sibuk2 nak mencantikkan diri? masa kat rumah takda naluri kewanitaan ke?"
cukup la tiga tu sebagai maklum balas yg paling popular utk persoalan "Kenapa Perempuan Perlu Bersolek?" banyak lagi pendapat lain yang minor. aku dah lupa.
tapi TAKDA sapa pun yg bagi jawapan yg sesuai dgn teori yg aku baca. bila aku terangkan pasal teori tu, KEBANYAKANNYA(kecuali yg ego sangat sampai nak kata pendapat dia aje yg betul) SETUJU DAN BARU SEDAR akan keperluan sebenar mereka bersolek.
mungkin anda ada pendapat sendiri...
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar