Sabtu, 21 Desember 2013
Air Asia Minta Maaf Atas Tindakan Azran
Mei lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia-X, Azran Rosman Rani telah menyelar akhbar Utusan Malaysia dengan menyifatkannya sebagai rasis berikutan tajuk muka depan berbunyi, ‘Apa Lagi Cina Mahu?’.
Susulan itu, Azran menyatakan Air Asia menarik semula iklan mereka di akhbar berkenaan. Perkara ini disuarakannya menerusi media sosial Facebook dan Twitter.
Sebagai ‘serangan balas’, ruangan pojok Awang Selamat dalam akhbar Utusan Malaysia pula mencadangkan supaya Utusan tidak lagi menerima sebarang permohonan iklan daripada syarikat penerbangan tambang murah itu selagi Azran tidak meminta maaf.
Bagaimanapun kini selepas 5 bulan, Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun mengambil langkah menjernihkan hubungan antara Air Asis dengan Utusan dengan meminta maaf atas tindakan Azran tersebut.
Kata Kamarudin, pendirian Azhan tidak mewakili pendirian Air Asia dan dia sendiri telah menasihatkan Azran supaya mengasingkan pendirian peribadi dengan tuntutan kerjaya.
Azran bagaimanapun tidak dikenakan apa-apa tindakan dan terus diberi peluang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X hingga kini kerana dikatakan telah sedar akan kesilapannya berhubung isu ini. - REM RAMZI
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar