Kamis, 26 Desember 2013
Kematian Kerani Tiada Petunjuk
Kematian Kerani Tiada Petunjuk - KOTA BHARU : Pasukan khas polis turun buat hari kedua ke lokasi kejadian kerani sekolah mati dibom di Taman Sri Periok, Tumpat kelmarin, namun setakat semalam mereka belum menemui apa-apa petunjuk mengenai motif kejadian tersebut dan siapa suspek yang terlibat.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pasukan khas itu yang diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Sharifudin Yusof sedang melakukan siasatan secara menyeluruh mengenai motif, penglibatan pihak tertentu, sasaran dan sebagainya.
Menurut beliau, semua aspek mengenai kejadian itu termasuk kemungkinan bom tersebut daripada jenis yang digunakan oleh pengganas di Selatan Thailand turut diteliti.
“Kita sudah mengambil keterangan dan menjalankan siasatan terhadap lapan orang dewasa ahli keluarga mangsa yang berada di dalam rumah tersebut ketika kejadian dan menyiasat motif serta sasaran bom itu termasuk kemungkinan bom tersebut hanya bom ikan. – Kosmo
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar