Minggu, 02 Februari 2014
Usaha Laili Basir Berbaloi Gua Di Merapoh Selamat
Perjuangan seorang pakar cabaran pengembaraan ekstrem dalam menyelamatkan gua-gua batu kapur yang bersejarah dan terkenal di dunia di Merapoh, Pahang akhirnya membuahkan tinjauan apabila kerajaan negeri berjanji tidak akan mendirikan sebarang kilang pengeluaran simen di kawasan itu.
Menurut laporan The Star Online, kerajaan negeri Pahang sebaliknya akan menjadikan kawasan itu sebagai destinasi eco-pelancongan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Budaya Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata kini kawasan Merapoh sedang dijalankan kerja-kerja tinjauan untuk mengenalpasti keluasan kasawan eco-pelancongan itu.
“Exco kerajaan negeri telah membantah projek pengeluaran simen ini, kita akan mengeluarkan perancangan untuk satu pembangunan yang lebih memelihara alam sekitar di Merapoh.
“Kini orang ramai dan pencinta alam sekitar tidak perlu bimbang lagi dengan nasib gua-gua bersejarah di Merapoh dan boleh tidur dengan nyenyak,” kata Mohd Sharkar.
Tanah di kawsan itu dimiliki oleh Bintang Tower sementara lesen pengeluaran simen diperoleho Lipis Cement sejak 1997 bagaimanapun projek itu tidak pernah dilaksanakan.
Kebimbangan terhadap gua-gua batu kapur yang sudah berusia berjuta tahun du Merapoh kembali hangat selepas sebuah syarikt di Singapura ASN Cement menyuarakan minat mereka untuk melaksanakan projek sama di situ pada penghujung 2011 lalu.
Mohd Sharkar berkata, kini pihaknya akan menyenaraikan kepakaran Persatuan Alam Semulajadi Malaysia (MNS) dan juga organisasi lain untuk membantu mengtinjauankan pelan pembangunan itu.
Beliau berkata maklumat daripada mereka yang pakar amat penting untuk kerajaan negeri melaksanakan projek pembangunan berkenaan dengan betul.
“Adalah amat penting untuk kita mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, saya akan bertanyakan maklumat daripada mereka yang pakar untuk melihat pemuliharaan gua dan spesis orkid di Merapoh,” katanya.
Pakar penjelajahan ekstrem yang juga Pengasas Laili Basir Event Adventure, Laili Basir sudah lama berjuang menyelamatkan gua di Merapoh daripada musnah akibat pembangunan tidak terkawal.
Laili, dengan menggunakan wangnya sendiri menjemput pakar-pakar penjelajahan gua terhebat dunia untuk membuat tinjauan dan memetakan laluan gua-gua batu kapur di Merapoh dan mereka menemui beberapa penemuan penting melalui kempen Save Merapoh Caves.
Menurut pakar pemetaan gua yang dijemput beliau, gua yang terdapat di Merapoh merupakan antara gua untuk penjelajahan gua yang terbaik di dunia dan kebanyakan daripadanya masih belum didokumentasikan.
Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar