Senin, 17 Februari 2014
Kakitangan kjaan dapat duit raya RM500
Salam semua....
Nampaknya pesara kakitangan kerajaan dan petugas awam mampu tersenyum lebar dengan pembayaran bonus ini oleh kerajaan... Dapatlah mereka beraya sakan juga tahun ini.
Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500.
Dalam satu kenyataan hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal.
"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Cuepacs harap bonus lebih tinggi
Dalam reaksi spontan, kongres kesatuan pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam (Cuepacs) dan persatuan pesara kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 seperti yang diumumkan hari ini.Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Aidilfitri bulan depan.
"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi.
Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini.
source : bernama
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar