Kamis, 30 Januari 2014
Tidak Tahu Diri Mengandung Lahir Anak 10 Paun
Tidak Tahu Diri Mengandung Lahir Anak 10 Paun - Michigan : Seorang wanita yang tidak mengetahui bahawa dia mengandung, telah melahirkan seorang bayi perempuan seberat 10 paun selepas beberapa jam dimasukkan ke hospital.
Wanita itu, Linda Ackley, 44, berkata, dia menyangka perutnya membesar akibat penyakit hernia.
Malah sebelum ini Linda telah dimaklumkan bahawa dia tidak boleh mengandung.
“Ia adalah seorang bayi ajaib. Sesetengah orang mempunyai masa sehingga sembilan bulan untuk bersiap sedia bagi melahirkan seorang bayi, namun saya hanya mengambil masa selama 15 jam sahaja.
“Saya harap ada orang yang merakamkan wajah terkejut saya selepas dimaklumkan bahawa saya sedang mengandung,’’ katanya.
Wanita tersebut dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu selepas dia mengalami perut berangin.
Namun imbasan yang dijalankan pada hari berkenaan mendapati dia mengandung dan bayi tersebut sudah berusia 40 minggu.
Susulan itu pembedahan dijalankan pada malamnya dan lahirlah Kimberly Kay.
Linda menghubungi suaminya, Mike menerusi telefon bagi memaklumkan berita gembira tersebut.
Kelahiran mengejut itu itu ternyata mengembirakan pasangan suami isteri berkenaan yang telah berkahwin selama 24 tahun.
Linda sebelum ini mengalami jangkitan bakteria yang menyerang tisu lembutnya dan selepas koma selama seminggu, doktor terpaksa membuang sebahagian daripada otot perutnya, pada 2011.
Malah Linda dimaklumkan dia tidak akan hidup lama.
“Sesungguhnya anak ini satu kurniaan Tuhan,’’ katanya. – MyNewsHub
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar